ZRA antara tiga rakyat Malaysia ditahan

ZRA antara tiga rakyat Malaysia ditahan

china
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali ZRA, merupakan antara tiga rakyat Malaysia yang ditahan selepas kapal dinaiki dipintas rejim Israel, awal pagi tadi.

Berdasarkan maklumat diperoleh, kapal yang dipintas itu ialah Arkham III atau Al-Faluja dinaiki ZRA manakala satu lagi kapal Eros I dinaiki Kapten Osman dan Dr. Jihan.

Terdahulu, Utusan malaysia melaporkan bot tentera Israel telah mengepung armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa berhampiran zon mencari dan menyelamat (SAR) Greece.

GSF dalam satu kenyataan memaklumkan, peserta misi itu kini berdepan ancaman penculikan serta keganasan susulan tindakan tersebut.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di media sosial, Sumud Nusantara memaklumkan perkara itu merupakan pelanggaran secara jelas terhadap undang-undang antarabangsa.

“Bot tentera Israel secara tidak telah mengepung flotila ini di perairan antarabangsa serta mengancam penculikan dan keganasan.

“Kerajaan-kerajaan mesti bertindak segera untuk melindungi flotila ini. Lindungi flotila. Tamatkan kepungan. Bebaskan Palestin,” kata hantaran itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN