Panik dengar dentuman bom

Panik dengar dentuman bom

ROHANA Mat Min menunjukkan sempadan Sungai Golok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Lebih tiga letupan bom di beberapa lokasi di pekan Sungai Golok, Thailand malam kelmarin menggegarkan rumah penduduk yang berada di sempadan Malaysia-Thailand di daerah ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.20 malam waktu Malaysia itu menyebabkan penduduk panik apabila mendengar dentuman bom dan berbalas tembakan.

Seorang penduduk, Rohana Mat Min, 50, berkata, dia yang baru sampai ke rumah selepas berbuka puasa dan menghantar ibu saudaranya menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur terkejut apabila rumahnya dirasakan bergegar.

Katanya, dia mendengar tiga bunyi letupan bom disusuli tembakan yang tidak henti-henti selama beberapa minit.

“Ini bukan insiden pertama bunyi letupan dan tembakan berlaku di Selatan Thailand kerana kejadian itu kerap berlaku. Penduduk di sini sudah lali dengan situasi itu, namun kami lega tembakan atau letupan itu tidak ‘tempias’ ke sini.

“Kejadian yang berlaku malam tadi (kelmarin) agak besar berbanding sebelum ini kerana ia melibatkan letupan bom lebih tiga kali,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Rohana berkata, insiden letupan itu merupakan kejadian kali pertama pada tahun ini  selepas kejadian sama berlaku di Sungai Golok pada April tahun lalu.

Menurutnya, dia pada mulanya panik selepas terdengar bunyi letupan dan tembakan, namun kembali tenang apabila mengetahui ia berlaku di ­sebelah Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN