Dua pelajar tingkatan empat didakwa membunuh Muhammad Idlan

Dua pelajar tingkatan empat didakwa membunuh Muhammad Idlan

DUA suspek kes kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril tiba di Mahkamah Majistret Kuala Pilah pagi semalam bagi menghadapi pertuduhan membunuh pelajar tingkatan dua itu. – UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Dua pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah semalam atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan, pada 25 September lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, tiada penga­kuan direkodkan daripada ke­dua-dua tertuduh berikutan pertuduhan membunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh dibacakan di hadapan hakim yang bertindak sebagai Majistret, Roslinda Razali.

Mengikut pertuduhan, ke­dua-dua tertuduh didakwa bersama-sama membunuh Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, di Blok A, Asrama Putra, SMK Za’ba, antara pukul 7.30 malam hingga 8.50 malam, 25 September lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hassan dan Muhd. Wajih Zakwan Hanif.

Sementara itu, Hanif berkata, pihak pembelaan memohon supaya kedua-dua tertuduh diberikan intervensi kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh penahanan.

“Pihak pembelaan ada me­mohon kepada mahkamah su­­­paya kedua-dua penama di­hantar ke pusat koreksional se­men­tara menunggu tarikh akan datang.

“Ini bagi membolehkan intervensi dari aspek kaunseling diberikan oleh JKM untuk membantu kedua-dua penama daripada segi mental dan emosi, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak,” ka­tanya ketika ditemui di Mah­kamah Majistret Kuala Pilah, semalam.

Mahkamah menetapkan 7 Di­sember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melapor­kan Muhammad Idlan ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital pada 25 September lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, mangsa dipercayai dipukul menggunakan paip getah dan tangan di asrama ber­kenaan selepas solat Maghrib.

Beliau turut memaklumkan lima pelajar tampil mendakwa pernah dibuli oleh salah seorang tertuduh manakala 69 saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Jumlah itu membabitkan 53 pelajar, empat guru, tiga warden, enam ibu bapa, dua doktor dan seorang jurulatih tinju. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini