Bekas bintang Spurs cabar Infantino

Bekas bintang Spurs cabar Infantino

Ramon Vega berhasrat untuk bertanding pada pemilihan FIFA tahun depan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino bakal berdepan pencabar pertama dalam usahanya mempertahankan jawatan tertinggi badan induk bola sepak dunia itu apabila bekas pertahanan Tottenham Hotspur, Ramon Vega mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pemilihan tahun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas pemain Switzerland itu tampil menawarkan diri ketika tekanan terhadap kepimpinan Infantino semakin memuncak, khususnya berhubung isu ketelusan, akauntabiliti dan hala tuju FIFA.

Vega,55, yang kini aktif dalam sektor kewangan selepas bersara daripada bola sepak pada 2004 menegaskan pencalonannya bukan didorong kepentingan peribadi, sebaliknya keinginan untuk mengembalikan keyakinan komuniti bola sepak terhadap FIFA.

“Saya bertanding kerana sepanjang hidup saya mempersiapkan diri untuk berkhidmat kepada bola sepak.

“Saya percaya menjadi tanggungjawab dan amanah sosial saya untuk melindungi serta mempertahankan bola sepak, integritinya, insan yang terlibat dan masa depannya,” katanya dalam dokumen pencalonan yang diedarkan kepada persatuan anggota FIFA.

Ini bukan kali pertama Vega cuba memasuki gelanggang politik bola sepak dunia.

Beliau pernah mempertimbangkan untuk bertanding selepas peletakan jawatan Sepp Blatter susulan skandal rasuah yang menggegarkan FIFA pada 2015, sebelum sekali lagi cuba mencabar Infantino pada 2022.

Bagaimanapun, usaha tersebut gagal apabila beliau tidak memperoleh sokongan mencukupi untuk dicalonkan secara rasmi.

Laluan Vega ke kerusi Presiden FIFA bagaimanapun masih panjang kerana beliau perlu mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya lima daripada 211 persatuan anggota FIFA sebelum boleh disahkan sebagai calon rasmi. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini