Bayern tetap 'garang' tanpa Kompany

Bayern tetap ‘garang’ tanpa Kompany

KONRAD Laimer (tengah) meraikan jaringan gol kedua pasukannya ketika menentang Atletico Madrid pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Metropolitano, Madrid, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID:-0 ke atas Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Riyadh Air Metropolitano, semalam.

Beraksi di laman lawan, juara Jerman itu membuktikan kekuatan sebenar skuad mereka apabila berjaya menundukkan wakil Sepanyol berkenaan menerusi jaringan pemain muda, Lennart Karl dan Konrad Laimer.

Pada aksi itu, Bayern terpaksa mengharungi perlawanan itu tanpa Jamal Musiala, Luis Diaz, Serge Gnabry dan Ismael Saibari yang diketepikan akibat kecederaan, manakala Kompany tidak dapat mengemudi pasukan dari tepi padang susulan masalah kesihatan berkaitan meningitis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kekurangan tersebut bagaimanapun tidak menggugat keyakinan Bayern yang tetap tampil dengan permainan tersusun, malah Harry Kane dan kapten, Joshua Kimmich memainkan peranan penting dalam memastikan pasukan terus mengawal rentak perlawanan.

Atletico sebenarnya berpeluang membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi Julian Alvarez, namun percubaannya tersasar sebelum Kane turut gagal memanfaatkan peluang pada separuh masa pertama.

Laimer menyifatkan kemenangan itu sebagai bukti kemampuan Bayern mengatasi segala keraguan yang timbul menjelang perlawanan, selain percaya pasukannya mempunyai peluang untuk menghasilkan lebih banyak jaringan.

“Kami sedar banyak perkara diperkatakan mengenai pasukan menjelang perlawanan ini, tetapi kami sangat yakin dengan kekuatan skuad dan pemain yang ada.

“Saya fikir kami membuktikan sepanjang 90 minit jenis bola sepak yang mampu kami persembahkan,” katanya selepas perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Bayern melonjak ke tangga kelapan carta fasa liga dengan dua kemenangan dan dua keputusan seri, manakala Atletico terus bergelut apabila menghuni kedudukan ke-22 daripada 36 pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini