JDT 'sibuk', Cheng Hoe intai bakat baharu

JDT ‘sibuk’, Cheng Hoe intai bakat baharu

TAN Cheng Hoe.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komitmen Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi jadual padat sepanjang November menjadi antara pertimbangan utama Tan Cheng Hoe apabila beberapa tonggak kelab itu tidak disenaraikan dalam skuad 24 pemain Harimau Malaya bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di China.

Pengendali interim Harimau Malaya itu berkata mengambil kira empat tugasan penting yang menanti JDT membabitkan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Kejuaraan Kelab ASEAN dan separuh akhir Piala FA.

Menurutnya, keputusan berkenaan bukan sekadar memberi ruang kepada kelab itu menguruskan jadual pertandingan, malah membolehkan JDT memberikan tumpuan kepada misi mengutip mata berharga buat Malaysia dalam ranking Persatuan Ahli (MA) di peringkat Asia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada bulan ini sahaja, JDT dijadualkan mengharungi empat perlawanan membabitkan beberapa tugasan penting pada saingan ACLE, Piala Shopee serta aksi separuh akhir Piala FA.

“Selain memberi ruang kepada JDT menguruskan jadual pertandingan yang padat, saya juga mengambil kira kepentingan mereka untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada saingan di pentas Asia.

“Ini kerana JDT berpeluang untuk terus menambah pungutan mata Malaysia dalam MA Ranking yang akan memberi manfaat kepada kedudukan bola sepak negara di peringkat Asia,” katanya kepada media.

Ketiadaan beberapa pemain JDT itu bagaimanapun membuka ruang kepada muka baharu dan pemain lain untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan apabila Cheng Hoe mengambil pendekatan memperluaskan pilihan pemain menerusi dua aksi persahabatan berkenaan.

Dua muka baharu turut mendapat kepercayaan untuk menyertai skuad 24 pemain yang bakal berdepan China pada 14 November sebelum menguji Yaman tiga hari kemudian.

Cheng Hoe berkata, peluang itu diberikan bagi menilai kemampuan, kualiti dan kesesuaian pemain untuk beraksi di peringkat antarabangsa, selain melihat sejauh mana mereka mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan serta kehendak pasukan.

“Bagi dua aksi persahabatan di China, saya mengambil pendekatan untuk memberikan peluang kepada pemain-pemain termasuk dua muka baharu menyertai skuad kebangsaan Harimau Malaya.

“Saya mahu melihat kemampuan, kualiti dan kesesuaian mereka untuk beraksi di peringkat antarabangsa, selain menilai sejauh mana mereka dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan serta kehendak pasukan,”ujarnya.

Daripada 24 pemain yang dipanggil, 11 merupakan anggota skuad Harimau Malaya yang beraksi pada Piala FIFA ASEAN 2026 di Indonesia, manakala 11 lagi kembali mendapat kepercayaan termasuk tiga pemain yang pernah beraksi pada Piala ASEAN 2026.

Beliau turut menegaskan dua perlawanan itu penting untuk memperluaskan pilihan pemain memandangkan jendela antarabangsa FIFA seterusnya hanya berlangsung pada Mac 2027.

Justeru, tempoh persiapan di China akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menilai prestasi individu, membina keserasian dan memperkukuh pemahaman taktikal pasukan menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2030/Piala Asia 2032. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini