Velesto terima kontrak Petronas Carigali - Utusan Malaysia

Velesto terima kontrak Petronas Carigali

PEMBANGUNAN kawasan penyimpanan dijangka menyokong usaha Malaysia memperkukuh kedudukannya sebagai hab CCS serantau. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Velesto Energy Berhad (Velesto) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Velesto Drilling Sdn. Bhd. memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (Petronas Carigali) bagi penggunaan pelantar penggerudian jenis jack-up, NAGA 3.

Penyedia perkhidmatan penggerudian itu memaklumkan bahawa kontrak tersebut, bermula pada November, merangkumi satu telaga tetap dan satu telaga pilihan, serta dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak berkenaan.

Presiden Velesto, Megat Zariman Abdul Rahim berkata, kontrak itu menambah aktiviti penggerudian Kumpulan yang telah diperoleh di Malaysia serta memberikan keterlihatan hasil bagi tempoh terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kontrak ini menyokong penggunaan NAGA 3 dan menjana pulangan komersial daripada aset berkenaan. 

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Petronas Carigali serta memastikan standard keselamatan, kebolehpercayaan dan prestasi operasi yang tinggi seperti yang diharapkan dalam semua operasi penggerudian kami,” katanya dalam kenyataan.

NAGA 3 ialah pelantar penggerudian jack-up jenis independent-leg cantilever yang berkeupayaan menggerudi sehingga kedalaman 30,000 kaki dan beroperasi di kawasan perairan dengan kedalaman sehingga 350 kaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini