Jerebu: Sekolah di Putrajaya ditutup esok

Jerebu: Sekolah di Putrajaya ditutup esok

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya ditutup esok susulan keadaan jerebu yang menjejaskan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan catatan bacaan IPU di stesen pemantauan setakat pukul 5 petang tadi

“JPWPP menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di- Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda di negara ini.

“Selaras dengan kenyataan media KPM bertarikh 8 Oktober, semua institusi pendidikan di Wilayah Persekutuan Putrajaya ditutup pada Jumaat,” katanya.

Katanya, institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR).

“Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid, dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.

“Berdasarkan pertimbangan, Menteri Pendidikan, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan,” jelas kenyataan itu.

JPWPP bersiap sedia dan sentiasa memantau perkembangan bacaan IPU bersama institusi pendidikan terjejas untuk tindakan susulan mengikut garis panduan KPM.

“Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga diseru agar senantiasa prihatin terhadap makluman rasmi serta memberi kerjasama erat demi kesejahteraan anak-anak sepanjang situasi jerebu ini.

“Keutamaan JPWPP kekal terarah kepada keselamatan, kesihatan, dan kebajikan murid serta warga Pendidikan,” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini