Aaron-Roy King semakin serasi, Wei Jie-Ee Yi kandas

Aaron-Roy King semakin serasi, Wei Jie-Ee Yi kandas

AARON Tai (kiri) bersama Yap Roy King.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki pecah ganding negara, Aaron Tai-Yap Roy King tidak mengambil masa lama untuk mempamerkan keserasian selepas mengejutkan pasangan No. 21 dunia, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Arctic di Vantaa, Finland, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aaron-Roy King mengetepikan gandingan Taiwan yang diletakkan selaku pilihan ketujuh itu 21-19, 21-11 dalam masa 39 minit.

Pada suku akhir, esok, beregu yang kali pertama digandingkan dalam Jelajah Dunia BWF tersebut bakal berdepan pasangan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul yang menghuni ranking No. 34 dunia.

Sementara itu, beregu profesional Malaysia, Chia Wei Jie-Teo Ee Yi masih bergelut untuk mencari titik keserasian apabila tewas kepada pasangan muda Taiwan, Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng 22-20, 20-22, 16-21 dalam masa 59 minit.

Walaupun ranking Po Yu- Fu Cheng lebih baik iaitu di tangga No. 60 dunia, manakala, Wei Jie-Ee Yi berada pada ranking ke-72 dunia, tetapi, wakil negara itu jauh lebih berpengalaman.

Wei Jie-Ee Yi yang tampil buat kali pertama sebagai pasangan pada Terbuka Thailand, Mei lalu, masih tercari-cari rentak permainan konsisten dan beraksi lebih meyakinkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini