Bekalan ternakan bagi Aidiladha mencukupi - JPV

Bekalan ternakan bagi Aidiladha mencukupi – JPV

STOK bekalan lembu dan kerbau tempatan termasuk import setakat Mei lalu berjumlah 39,857 ekor bagi tujuan korban. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menjangkakan bekalan lembu dan kerbau tempatan bagi penyembelihan sempena Hari Raya Aidiladha adalah mencukupi dan memenuhi keperluan.

JPV dalam kenyataan barkata, mengikut statistik pihaknya, stok bekalan lembu dan kerbau tempatan termasuk import setakat Mei lalu berjumlah 39,857 ekor bagi tujuan korban.

Katanya, bagi kambing dan bebiri tempatan dan import pula berjumlah 29,988 ekor bagi tempoh sama.

“Setelah mengambil kira keperluan masjid, surau dan penyembelihan luar, dianggarkan permintaan lembu dan kerbau sebanyak 38,404 ekor, manakala kambing dan bebiri 20,420 ekor.

“Berdasarkan anggaran bekalan ternakan daripada JPV, iaitu 39,857 ekor lembu dan kerbau serta 29,988 ekor kambing atau berbiri adalah dijangka mencukupi bagi menampung permintaan sembelihan korban pada tahun ini sebanyak 38,404 ekor lembu dan kerbau serta 20,420 ekor kambing dan bebiri,” katanya hari ini.

Menurut JPV, sebanyak 27 buah rumah sembelihan ruminan milik JPV di seluruh Semenanjung Malaysia sentiasa bersedia untuk beroperasi.

Pada masa sama, JPV mengeluarkan lesen kepada 38 buah rumah sembelihan swasta di Semenanjung Malaysia yang boleh memberi perkhidmatan penyembelihan bagi tujuan korban,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya