Ku Li tumbang, Pas sapu bersih semua kerusi parlimen di Kelantan

Ku Li tumbang, Pas sapu bersih semua kerusi parlimen di Kelantan

MOHD. Azizi Abu Naim (tengah) yang berjaya menewaskan Ku Li di kerusi Gua Musang pada PRU-15 lalu mengumumkan sokongan kepada Anwar Ibrahim berkuatkuasa hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang selama 10 penggal dari Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li gagal mempertahan kawasan itu apabila kalah kepada muka baharu yang ditampilkan oleh Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebentar tadi.

Ku Li tewas dengan majoriti tipis kepada calon Pas, Mohd. Azizi Abu Naim iaitu sebanyak 163 undi.

Mohd. Azizi yang merupakan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang memperoleh undian sebanyak 21, 826.

Ku Li yang juga Ketua UMNO Gua Musang hanya mendapat undi 21, 663.

Sementara itu, calon Asharun Uji (Pakatan Harapan) sebanyak 4, 517 undian dan Datu Dr. Samsu Adabi Mamat (Gerakan Tanah Air) dengan 371 undi.

Pada PRU15 sebentar Pas melakar kejutan apabila menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di negeri.

Menariknya, Pas menang dengan majoriti cukup besar di beberapa kawasan kecuali Gua Musang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya