PRU15: Pengundi Kelantan dirayu pulang mengundi

PRU15: Pengundi Kelantan dirayu pulang mengundi

AHMAD Yakob (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Mohd. Hakim Lokman (Bob Lokman) pada Majlis Malam Selebriti dan Anak Seni Bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob merayu pengundi Kelantan di perantauan supaya pulang mengundi pada PRU15, 19 November ini.

Menurutnya, hari mengundi umpama ‘hari raya’ dan sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap anak Kelantan untuk menunaikan kewajipan sebagai pengundi.

“Tanggungjawab (mengundi) ini lima tahun sekali sahaja. Kita baliklah, kalau hari raya dua tahun sekali pun kita boleh balik. Ini (PRU15) perayaan lima tahun sekali.

“Justeru, kepada anak muda Kelantan baliklah mengundi supaya tanggungjawab kita dapat dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Malam Selebriti dan Anak Seni bersama pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, malam tadi.

Difahamkan lebih 200,000 rakyat Kelantan yang layak mengundi pada PRU15 menetap dan bekerja di luar negeri itu.

Terdahulu, lebih 130 selebriti dan anak seni dari Kelantan diraikan pada majlis tersebut.

Pada majlis sama, Kerajaan Negeri Kelantan turut menyampaikan sumbangan masing-masing RM15,000 kepada Persatuan Seniman Malaysia dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia.

Selain itu, anak kepada penulis lirik terkemuka, Allahyarham Bob Lokman, Ahmad Rayyan mewakili keluarga turut menerima sumbangan RM5,000 pada majlis sama.

Majlis berkenaan dianjurkan bertujuan menyantuni selebriti dan anak seni asal dari Kelantan selain berkongsi pandangan mengenai masa depan seni dan budaya di negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.