Pas tanding 8 kerusi Parlimen di Kedah, Bersatu 7 kerusi

Pas tanding 8 kerusi Parlimen di Kedah, Bersatu 7 kerusi

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (dua dari kiri) bersama Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan pimpinan lain ketika Himpunan Jentera PN Kedah di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar, malam tadi. - FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas akan meletak calon mereka di lapan daripada keseluruhan 15 kerusi Parlimen dalam Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rakan komponen mereka dalam Perikatan Nasional (PN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula akan mengisi tujuh lagi kerusi Parlimen yang ada.

Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, rundingan pembahagian kerusi berkenaan telah dimuktamadkan menerusi beberapa perbincangan termasuk untuk negeri lain.

“Betapa baik kita tak tinggal siapa-siapa. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kita nak bagi (kerusi di Kedah) tetapi dia kata belum masanya lagi (untuk bertanding),” katanya pada Himpunan Jentera PN Kedah di Kompleks Pas Kedah, malam tadi.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, kesemua 15 calon Pas dan Bersatu berkenaan akan bertanding menggunakan logo PN di Kedah

Justeru, beliau berpesan agar ahli kedua-dua parti terbabit tidak memberikan ruang kepada musuh yang mungkin mahu memecah belahkan PN berkaitan penggunaan logo itu berbanding hasrat menggunakan lambang ‘bulan’ sebelum ini.

Sementara itu, beliau memberi gambaran Pas akan terus bertanding di Padang Terap dan Baling yang kini disandang oleh Barisan Nasional (BN).

“Di Baling, calon Pas pada PRU14 mendapat 37,483 undi, BN menang 38,557 undi. Kita perlu 1,000 lebih sahaja lagi untuk tewaskan Datuk Seri Azeez Rahim.

“Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) menang dengan calon Pas 1,009 undi sahaja beza dan boleh jadi menteri. Tak susah untuk menang kerana kebanyakan kerusi Parlimen di Kedah beza (undi) sangat kecil,” katanya.

Pas ketika ini menyandang tiga kerusi Parlimen iaitu Jerai, Sik dan Pendang termasuk yang diwakili Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkemungkinan hanya akan dibubarkan selepas Jun 2023.

“Kita akan hadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri-negeri yang belum bubar, tahun depan lepas Mac akan masuk bulan Ramadan diikuti Hari Raya Aidilfitri kemudian orang pergi haji dan sembelih lembu (Hari Raya Aidiladha), lepas itu baru kita bubar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya