Anwar doakan Ahli Parlimen Rantau Panjang segera sembuh

Anwar doakan Ahli Parlimen Rantau Panjang segera sembuh

SITI ZAILAH MOHD. YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff yang cedera dalam kemalangan semalam segera diberikan kesembuhan.

“Berharap Yang Berhormat tabah dan segera dikembalikan kekuatan untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam kejadian itu, Siti Zailah, 63, bersama anak perempuannya berusia 26 tahun dilaporkan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama berhampiran Kechau Tui, Kuala Lipis, Pahang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kedua-duanya dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Menurutnya, anak perempuan Siti Zailah yang memandu kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang jalan.

“Ahli Parlimen itu mengalami kecederaan di bahagian dada serta perut. Dia segera dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan.

“Bagaimanapun, anak perempuannya itu tidak tercedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua tahun lalu, Siti Zailah pernah mengalami kecederaan ringan selepas trak pikap yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Antarabangsa, Selangor. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini