Rakyat Malaysia tidak boleh berada dalam zon selesa hadapi ancaman keselamatan – Anwar

Rakyat Malaysia tidak boleh berada dalam zon selesa hadapi ancaman keselamatan – Anwar

ANWAR bersama Dr Ali Muhyiddin pada Majlis Ilmu Madani di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Malaysia supaya meningkatkan kesedaran terhadap perkembangan geopolitik antarabangsa dan tidak terus berada dalam keadaan selesa sehingga mengabaikan kemungkinan ancaman terhadap keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata, sesebuah negara perlu sentiasa membuat persediaan berdasarkan teori peperangan dan hubungan antarabangsa serta tidak boleh bersikap sambil lewa.

“Masyarakat Malaysia ketika ini masih berada dalam keadaan selesa kerana menganggap negara tidak berdepan sebarang masalah keselamatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam teori peperangan dan hubungan antarabangsa, negara mesti sentiasa buat persediaan. Dia tak boleh selesa dan sambil lewa.

“Tetapi dalam kaitan kita di Malaysia, saya anggap masyarakat kita ni masih di alam selesa,” katanya ketika berucap pada Majlis Ilmu Madani sempena meraikan kehadiran Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Sheikh Prof Dr. Ali Muhyiddin Al-Qarahdaghi di sini hari ini.

Katanya, ketegangan antara dua kuasa besar berpotensi menjadikan rantau ini dan Malaysia sebagai medan kepentingan mereka.

Anwar berkata, pengalaman negara-negara Teluk yang berdepan pertarungan hebat menunjukkan konflik antarabangsa boleh berlaku di luar jangkaan.

“Kita belajar pengalaman negara Teluk. Tidak siapa jangka dua tahun lalu bahawa negara Teluk akan menjadi tempat pertarungan hebat. Jadi saya bukanlah mengatakan ini menakutkan rakyat, tapi kita rakyat Malaysia perlu sedar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini