Iran bantah Korea Selatan perluas operasi tentera laut di Teluk

Iran bantah Korea Selatan perluas operasi tentera laut di Teluk

SEBUAH kapal melintasi Teluk Oman di luar pesisir Khor Fakkan, di emiriah Sharjah yang terletak di bahagian timur UAE.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SEOUL: Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi memberi amaran kehadiran tentera asing di rantau Teluk akan meningkatkan ketegangan dan bukannya membantu mewujudkan keamanan, ketika Korea Selatan bersiap sedia memperluas kawasan operasi unit tentera lautnya ke perairan selatan Teluk Oman.

Araqchi mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Cho Hyun yang menegaskan Seoul tidak berhasrat menyertai sebarang perang atau menghantar tenteranya ke Teluk, menurut hantaran Kedutaan Iran di Seoul menerusi platform X pada 27 November.

Lapor Reuters, Parlimen Korea Selatan sedang meneliti usul kerajaan untuk memperluas kawasan operasi unit tentera laut Cheonghae ke perairan luar Teluk Oman bagi membantu memastikan keselamatan pelayaran kapal komersial negara itu.

Unit Cheonghae yang menjalankan misi antipelanunan telah ditempatkan di Teluk Aden sejak 2009.

Memuatkan artikel berkaitan…

Araqchi berkata, kehadiran tentera asing sebaliknya akan meningkatkan ketegangan dan meluaskan skop konflik, menurut Kedutaan Iran.

Kementerian Luar Korea Selatan berkata, Hyun menjelaskan misi unit tentera laut itu adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Korea Selatan serta melindungi kepentingan ekonomi negara.

Korea Selatan, antara pengimport minyak dan gas terbesar dunia, memperoleh 70 peratus bekalan minyaknya dari Asia Barat pada 2025, dengan sebahagian besar penghantaran melalui Selat Hormuz, menurut data kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini