PETALING JAYA: Sukarelawan wanita dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 tidak akan dibawa memasuki zon merah konflik sebaliknya mreka diturunkan di lokasi lebih selamat sebelum kapal menghampiri kawasan berisiko. Pegawai Strategik Sumud Nusantara, Haikal Zulkefli berkata, langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan mereka selain membolehkan wanita yang terlibat membantu sebagai kru sokongan di lapangan. Katanya, pihak Sumud Nusantara sentiasa merujuk panduan serta nasihat pihak berautoriti agama termasuk mufti dan…










