Pas utamakan UMNO – Hashim

Pas utamakan UMNO – Hashim

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pas mengutamakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam sebarang run­dingan kerjasama politik, berbanding parti lain termasuk Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, ketetapan itu dibuat dalam mesyua­rat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya baru-baru ini, yang membenarkan Pas Pusat berunding dengan mana-mana parti politik dengan memberi keutamaan kepada UMNO.

Beliau berkata, usaha mendamaikan Pas dan UMNO bukan perkara mudah, justeru peluang untuk menyatukan kedua-dua parti itu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pas hendak berpakat de­ngan sesiapa sekali pun, ja­ngan tinggalkan UMNO. Perpaduan antara Pas dan UMNO ini perlu dipertahankan de­ngan keutamaan rundingan adalah bersama UMNO berbanding parti-parti lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, perpaduan kedua-dua parti Melayu Islam itu perlu berteraskan kepen­tingan agama dan bangsa, bukannya kepentingan politik semata-mata.

Katanya, kerjasama yang hanya bermotifkan kepen­tingan politik tidak akan bertahan lama dan berisiko me­nemui kegagalan.

“Muafakat Nasional (MN) sebelum ini adalah asas dan sekarang sudah tiba masanya perpaduan dua parti ini di­suburkan. Di dalam UMNO kini juga menyaksikan kesedaran berkaitan kepentingan perpa­duan semakin tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata, perpaduan Pas dan UMNO juga dinantikan rakyat demi kepentingan Me­layu Islam.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Hashim berkata, Pas bersedia menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Ne­geri (PRN) Melaka sekiranya Perikatan Nasional (PN) tidak dapat bertanding menggunakan lambang gabungan itu.

Katanya, isu penggunaan logo bukan masalah kerana Pas mempunyai lambang bulan yang sudah dikenali ramai, manakala UMNO dan BN boleh menggunakan lambang masing-masing meskipun be­kerjasama dalam pilihan raya berkenaan.

Berhubung pengagihan ke­rusi dengan Wawasan, beliau menyerahkan keputusan kepada Pas Pusat, termasuk kemungkinan mengorbankan ke­rusi untuk parti itu.

Selasa lalu, Mahkamah Ting­gi membenarkan PN mencabar tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) ber­hu­bung notis cadangan pemba­talan pendaftaran dan penggantungan aktiviti gabungan itu.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan penangguhan sementara penggantungan aktiviti PN yang turut melibatkan Pas, Gerakan, MIPP, Wawasan dan Pejuang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini