Pokok tumbang di beberapa lokasi di ibu negara - Utusan Malaysia

Pokok tumbang di beberapa lokasi di ibu negara

Kejadian pokok tumbang di sekitar Desa Jaya dan Bandar Menjalara,Kepong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Hujan lebat dan angin kencang  petang tadi mengakibatkan pokok tumbang di beberapa lokasi   sekitar ibu negara.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur  mengeluarkan senarai  lokasi kejadian pokok tumbang.

Kawasan-kawasan tersebut ialah di  Jalan 2/61, Bukit Segambut;14, Jalan Bukit Maluri 9, Taman Bukit Maluri dan Jalan 1 Taman Kepong.

Di Jalan 19/62B, Bandar Menjalara di Jalan Udang Kapas, Taman Sri Segambut; Jalan 14/38C, Taman Sri Kepong; Jalan 2/62, Bandar Manjalara dan Taman Petaling Garden, Kepong Baru,  Taman Megah, Kepong dan Jalan Ismail Ghaney Off Jalan Kasipillay.

Menurut PGO, anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan.

Berikutan kejadian tersebut, banyak laluan di ibu negara dan laluan ke Shah, Alam mengalami kesesakan teruk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya