Lelaki terselamat sempat keluar kereta dihempap pokok

Lelaki terselamat sempat keluar kereta dihempap pokok

KEADAAN kereta jenis Perodua Axia yang dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Batu 10 berhadapan Orkid The Villa di sini, hari ini.

Panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pasukan penyelamat pada pukul 1.33 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa berusia 27 tahun itu berjaya keluar daripada kenderaan sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

“Operasi dijalankan oleh enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Selayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pokok berkenaan kemudian dipotong dan dialihkan menggunakan gergaji berantai sebelum pemeriksaan sekitar dilakukan bagi memastikan kawasan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN