Pokok tumbang di sekitar ibu negara, trafik sesak

Pokok tumbang di sekitar ibu negara, trafik sesak

TANGKAP layar menerusi Pusat Kawalan Kuala Lumpur (KLCCC), menunjukkan beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di ibu negara susulan hujan lebat ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di ibu negara susulan hujan lebat ketika ini.

Keadaan itu juga mengakibatkan kesesakan trafik apabila laluan terhalang.

Pengguna media sosial turut berkongsi beberapa rakaman video yang memaparkan keadaan di sekitar Jalan Ampang dan Jalan Nagasari, Bukit Bintang dekat sini.

Menerusi pemantauan televisyen litar tertutup (CCTV) oleh Pusat Kawalan Kuala Lumpur (KLCCC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga mendapati, kesesakan trafik dikesan di Jalan Ampang.

Ia melibatkan laluan dari Ampang Park ke Holiday Place susulan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di hadapan Pavilion Embassy.

Selain itu, satu lagi kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di persimpangan Jalan Berangan dan Jalan Nagasari yang menghalang laluan serta menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan.

Utusan Malaysia masih mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berhubung kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN