Liga Super: Negeri Sembilan dan Penang kongsi satu mata - Utusan Malaysia

Liga Super: Negeri Sembilan dan Penang kongsi satu mata

PENJAGA gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman menghalang serangan pasukan Penang pertembungan Liga Super di antara kedua-dua pasukan yang berlangsung di di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pertembungan di antara Negeri Sembilan FC dan Penang FC dalam aksi Liga Super malam tadi berakhir dengan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata selepas keputusan berakhir terikat 1-1.

Berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini itu, perlawanan berlangsung seimbang malah masing-masing memperoleh peluang jaringan namun sehingga tamat separuh masa, tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan.

Memasuki separuh masa kedua, pelawat terlebih dahulu memperoleh gol pada minit ke-49 hasil tandukan penyerang import mereka Giovane Gomes Da Silva, menewaskan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman di gawang Negeri Sembilan.

PENYERANG Negeri Sembilan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi cuba melepasi halangan pertahanan Penang, Ousmane Fane dalam aksi kedua-dua pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Tersentak dengan jaringan tersebut, tuan rumah melancarkan serangan namun Penang kental bertahan. Bagaimanapun, gol dicari-cari skuad Jang muncul pada seminit sebelum masa penuh perlawanan tamat.

Ia menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti Penang yang disempurnakan oleh pertahanan Negeri Sembilan, Tommy Mawat Bada.

Gol berkenaan membangkitkan semangat pasukan tuan rumah untuk cuba meraih tiga mata namun tiupan wisel penamat daripada pengadil perlawanan, Abang Azharudin Abdullah menafikan hasrat tersebut.

Selepas mengharungi 15 perlawanan, Negeri Sembilan kini meraih 19 mata manakala Penang FC memperoleh sebanyak 15 mata.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya