Dendam Selangor FC ke atas PDRM FC terbalas

Dendam Selangor FC ke atas PDRM FC terbalas

PEMAIN Selangor FC meraikan kemenangan 3-1 ke atas PDRM FC dalam aksi terakhir Liga Super 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) mengotakan janji untuk menutup kempen Liga Super musim ini dengan kemenangan apabila menundukkan PDRM FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga memastikan dendam ke atas PDRM FC dilunaskan susulan kekalahan Selangor pada pusingan pertama liga 0-1 pada 3 Jun lalu.

Beraksi dihadapan penyokong sendiri, tidak memberi jalan mudah kepada skuad Red Giants untuk menjinakkan The Cops.

Sebaliknya, skuad kendalian Tan Cheng Hoe terpaksa menunggu sehingga minit ke-36 untuk merobek gawang PDRM FC menerusi ledakan Faisal Halim.

Sebelum memasuki bilik persalinan, Brendan Gan menggandakan jaringan bagi memastikan Selangor selesa mendahului 2-0 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, PDRM FC bangkit merapatkan kedudukan menerusi jaringan Fadi Awad pada minit ke-71.

Gol itu tidak menggugat penguasaan bola Selangor yang tetap tenang mengawal permainan dan menyusun gerakan menyerang.

Usaha mereka menggandakan jaringan, berhasil pada minit ke-88 menerusi jaringan penyerang import dari Ghana, Richmond Boakye.

Kemenangan itu memastikan Selangor muncul pasukan kedua terbaik Liga Super dibelakang Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mengumpul 61 mata hasil 20 menang, 1 seri dan 5 tewas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya