Persiapan tidak sempurna punca kalah - Nazrulerwan

Persiapan tidak sempurna punca kalah – Nazrulerwan

ISMAHEEL Akinade (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan semalam-IHSAN MALAYSIA FOOTBALL LEAGUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali sementara Kelantan United Nazrulerwan Makmor mendedahkan persediaan tidak sempurna menjadi punca Sang Kijang Hijua tumbang 0-4 di tangan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Nazrulerwan berkata, pendedahan itu bukan bertujuan mahu mencari alasan namun menyatakan situasi sebenar yang terpaksa dilalui Kelantan United ketika membuat persediaan dalam Monsun Timur Laut (MTL).

“Kami sudah cuba yang terbaik. Bukan saya nak jadikan situasi semasa sebagai alasan tetapi itu hakikatnya. Apabila persiapan tidak sempurna akibat hujan lebat berterusan dalam musim tengkujuh, saya rasa kita faham-faham sendirilah.

“Jujurnya kami hanya berpeluang menjalani tiga sesi latihan padang sahaja dalam tempoh seminggu. Itupun pada sebelah pagi dalam keadaan hujan rintik-rintik, tetapi kita tetap perlu berlatih,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di semalam.

Nazrulerwan memberitahu, pasukan kendaliannya lebih banyak menumpukan latihan dalaman sepanjang MTL dan untuk perlawanan menentang NSFC mereka hanya berpeluang menjalani latihan padang sehari sebelum perlawanan, selepas pulang dari Kuala Lumpur.

Mengulas perlawanan malam tadi, beliau mengakui Sang Kijang Hijau bermula kurang baik pada separuh masa pertama tetapi dapat bermain dengan baik pada babak kedua sehinggalah berlakunya insiden layangan kad merah kepada pemain gantian, Ariff Ar-Rasyid Ariffin.

“Saya tidak nampak insiden itu. Tahu-tahu Ariff Ar-Rasyid sudah dilayangkan kad merah. Mungkin saya akan teliti kembali video perlawanan selepas ini untuk melihat sama ada ia betul-betul insiden kad merah atau sebaliknya.

“Tidak dinafikan insiden itu sedikit menjatuhkan moral pemain. Kita dapat lihat selepas insiden itu pemain berusaha sedaya upaya tetapi tidak mendatangkan hasil apabila NSFC bermain secara lebih bertahan dan kita tidak dapat masuk menyerang,” ujarnya.

Katanya, untuk perlawanan penutup liga nanti pasukannya akan cuba merangka latihan lebih rapi dan tidak akan sesekali memandang mudah keupayaan seteru setempat, Kelantan FC dengan tekad mengakhiri musim dengan kemenangan.

“Sekurang-kurangnya kita sempurnakan musim ini dengan kemenangan. Kita faham kedudukan dalam carta tidak akan berubah tetapi sekurang-kurangnya kita dapat tiga mata penuh dan hadiahkan kemenangan kepada pengurusan sehinggalah penyokong.

“Kita akan cuba merangka latihan dan sudah mengenal pasti tempat yang membolehkan kita menjalani latihan padang. Walaupun secara dalaman tetapi sekurang-kurangnya ada padang tiruan (artificial) untuk membolehkan kita berlatih dengan bola sepak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya