Indra Putra belum mahu 'gantung but'

Indra Putra belum mahu ‘gantung but’

INDRA Putra Mahayuddin (depan) ketika beraksi bersama Kelantan United dalam saingan Liga Super musim 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemain Kelantan United, Indra Putra Mahayuddin mahu terus bermain pada musim hadapan sambil memasang impian untuk bersara di bumi Che Siti Wan Kembang.

Indra Putra berkata, dia masih mampu beraksi dalam perlawanan kompetitif dan bersedia untuk mempertimbangkan tawaran daripada mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

“Yang pastinya saya masih ingin bermain. Saya juga masih ingat pernah menyatakan hasrat untuk bersara di bumi Kelantan. Jika berlaku saya bersyukur dan harap dapat bersara bersama Kelantan United.

“Untuk masa depan saya sudah memiliki lesen kejurulatihan B dan merancang untuk mendapatkan lesen A serta profesional. Minat saya dalam sukan bola sepak cukup mendalam dan saya tidak akan berhenti,” katanya.

Dalam pada itu, Indra Putra menganggap Sang Kijang Hijau sudah mencapai kejayaan dan pencapaian yang baik apabila berjaya kekal di Liga Super musim depan secara merit setelah menghuni kedudukan ke-12 carta Liga Super dengan mengumpul 17 mata daripada 26 perlawanan.

Katanya, sebagai pasukan kerdil di pentas Liga Super dengan majikan tidak mampu menyediakan dana besar, tentu sekali Kelantan United amat mengharapkan sokongan padu daripada penyokong untuk menyuntik semangat luar biasa kepada pemain melalui sorakan.

“Jadi saya minta penyokong datanglah memenuhi stadium kerana anda merupakan sumber kekuatan kami. Sorakan penyokong mampu memberi semangat luar biasa kepada pemain. Tidak kira kalah atau menang, datanglah memberi sokongan di stadium.

“Kita turut menyedari bahawa sekarang terdapat dua pasukan di negeri ini. Kedua-duanya mewakili dan membawa nama Kelantan. Jadi saya seru, berilah sokongan kepada kedua-duanya,” ujarnya-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya