Provident Group, Selangor FC sambung kerjasama strategik musim kedua

Provident Group, Selangor FC sambung kerjasama strategik musim kedua

TENGKU Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor, bersama wakil daripada Provident Group dan Selangor FC, bertukar-tukar cenderamata sempena pembaharuan kerjasama strategik bagi musim kedua berturut-turut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Provident Group secara rasmi meneruskan kerjasama dengan Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) untuk musim kedua berturut-turut.

Pembaharuan kerjasama itu dimeterai menerusi majlis menandatangani perjanjian secara tertutup di Nobu Kuala Lumpur yang diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Provident Group ialah kumpulan yang menyediakan penyelesaian bersepadu dalam bidang pengurusan harta, kewangan dan gaya hidup untuk individu, keluarga serta perniagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas menjalin kerjasama pada musim lalu, Provident Fiduciaries Berhad dan Selangor FC kini meneruskannya di bawah naungan Provident Group yang merangkumi rangkaian perkhidmatan lebih luas.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengerusi Provident Fiduciaries Berhad, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, bagi pihak Provident Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Selangor FC, Aladdin Mostafa dan Pengarah Eksekutif Provident Fiduciaries Berhad, Dennis Chua Hock Beng.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, pihaknya berbesar hati dapat meneruskan kerjasama berkenaan kerana kerjasama strategik yang kukuh amat penting untuk menyokong visi serta aspirasi jangka panjang kelab.

“Kami menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Provident Group kepada kami serta berharap dapat memperkukuh kerjasama ini bagi mewujudkan nilai yang lebih besar kepada kedua-dua pihak, seiring dengan usaha kami untuk terus membangunkan kelab, baik di dalam dan di luar padang,” katanya dalam kenyataan.

Antara inisiatif utama kerjasama itu ialah pengenalan Provident Lounge di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menyediakan ruang hospitaliti eksklusif bagi tujuan libat urus korporat, pembinaan hubungan perniagaan serta pengalaman menyaksikan perlawanan bola sepak.

Inisiatif itu membuktikan kerjasama tersebut mampu memberikan manfaat yang melangkaui peningkatan keterlihatan jenama semata-mata.

Provident Group dapat memanfaatkan ruang itu untuk meraikan tetamu dan pelanggan, mengadakan sesi libat urus bersama rakan perniagaan serta mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan dalam suasana perlawanan bola sepak.

Dengan merapatkan hubungan antara dunia perniagaan dengan sukan, Provident Lounge turut menjadi platform untuk menjalin hubungan yang bermakna, sekali gus memperkukuh sokongan Provident Group kepada Selangor FC dan komuniti sukan secara keseluruhan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini