Piala Cabaran: Ailton ingatkan barisan Kelantan United jangan leka

Piala Cabaran: Ailton ingatkan barisan Kelantan United jangan leka

AILTON Silva mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak leka berdepan Kelantan FC pada aksi suku akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-IHSAN KELANTAN UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan United Ailton Silva mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak leka berdepan Kelantan FC pada aksi suku akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini meskipun memiliki bekalan selesa 7-0.

Ailton berkata, bekalan selesa itu bukan satu kelebihan buat Kelantan United sebaliknya, mahu memberi fokus dengan mengekalkan rentak kerana perlawanan masih berbaki 90 minit.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika barisan pemainnya melakukan kesilapan termasuk terlalu yakin sehingga memandang rendah keupayaan Kelantan yang turun selaku tuan rumah.

“Kita mempunyai peluang besar untuk layak ke peringkat separuh akhir tetapi pemain tidak boleh leka dengan kelebihan jaringan yang dimiliki. Mesti kekal fokus di sehingga ke wisel penamat.

“Pemain-pemain perlu mengekalkan rentak dan momentum permainan kerana saya percaya pasukan lawan akan datang dalam keadaan berbeza bagi memadamkan defisit gol di pihak mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ailton memberitahu, beliau sebenarnya lebih memberi perhatian kepada serangan balas daripada The Red Warriors (TRW) yang memiliki pemain muda dan lincah.

Katanya, mungkin akan berlaku sedikit perubahan dalam kesebelasan utama yang akan diturunkan pada perlawanan malam ini berdasarkan penilaian aski sebelumnya.

“Saya mahu pemain cuba menjaringkan lebih banyak gol untuk meluaskan kelebihan dimiliki. Kami juga telah membuat analisa perlawanan menentang Penang FC tempohari dan mungkin akan berlaku sedikit perubahan.

“Mereka yang bermasalah mungkin akan diketepikan pada perlawanan malam esok dan ini akan membuka peluang kepada barisan pemain simpanan untuk membarisi kesebelasan utama serta membuktikan keupayaan mereka,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya