Bersatu boleh digantung atau dipecat daripada PN

Bersatu boleh digantung atau dipecat daripada PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan memulakan tindakan disiplin ke atas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan melakukan tindakan bertentangan kepentingan gabungan itu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan disiplin itu dibuat mengikut Fasal 15 perlembagaan gabungan itu dengan notis akan dikemukakan dalam tempoh terdekat.

Tambah beliau, ketetapan tindakan disiplin terhadap Bersatu boleh sama ada membawa kepada hukuman diberi amaran, digantung atau dipecat daripada PN.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun sebelum itu katanya, Bersatu diberi suatu tempoh untuk memberi penjelasan berhubung segala pertuduhan dikemukakan kepada mereka.

“Antara tindakan bertentangan kepentingan PN iaitu bertanding di lapan kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Sembilan dan beberapa perkara lain yang akan diperincikan dalam surat kepada mereka nanti.

“Bersatu juga boleh memilih untuk tidak menjawab kepada pertuduhan berkenaan, tetapi tindakan terbabit adalah seperti mengaku dan langkah seterusnya akan diputuskan dalam mesyuarat PN akan datang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.

Sementara itu, Takiyuddin menafikan dakwaan PN tidak boleh mengadakan mesyuarat memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu, sudah menangguhkan semua keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) terhadap gabungan itu.

Katanya, PN kembali beroperasi seperti sedia ada, selain memaklumkan turut menghantar notis mesyuarat tergempar PN kepada empat wakil Bersatu, kelmarin.

“Namun, hanya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sahaja menjelaskan beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat malam ini, tanpa alasan diberikan, manakala tiga lagi wakil mereka tidak memberi sebarang maklum balas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini