fbpx

25 Oktober 2021, 5:27 am

  TERKINI

107 koleksi isu status halal di bawah satu pautan Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi Bahagian Hab Halalnya sudah mengeluarkan lebih 100 penjelasan berhubung isu status produk halal di pasaran tempatan.

Setakat hari ini, Jakim mengeluarkan 107 koleksi jawapan dan penjelasan isu status halal bermula sejak tahun 2016.

Bahagian Hab Halal Jakim menerusi hantaran di Facebook berkata, saban hari Jakim menerima banyak pertanyaan berhubung status halal produk.

Menurutnya, kebanyakan isu halal itu dikesan kembali menular biarpun sudah dijelaskan pihaknya sebelum ini.

“Kami kembali menerima banyak pertanyaan awam berkenaan status halal pelbagai produk di pasaran yang didakwa tidak halal termasuk produk minuman jenama Fanta, roti jenama Massimo, Kod E dan sebagainya.

“Kesemua isu halal yang menular dan berulang serta tidak benar itu telah dijawab pihak Jakim sejak tahun 2016,” katanya.

Katanya, bagi memudahkan pengguna, pihaknya mengumpulkan koleksi jawapan dan penjelasan itu di bawah satu pautan sebagai rujukan umat Islam di negara ini.

Koleksi jawapan itu boleh dilihat menerusi pautan bertajuk ‘Penjelasan Berkenaan Isu-Isu Halal Yang Tular (viral) di pautan Facebook Bahagian Hab Halal.

Ia boleh dilihat menerusi pautan, https://m.facebook.com/HabHalalJakim/photos. -UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI