Ingkar SOP: 613 kompaun dikeluarkan di NS - Utusan Malaysia

Ingkar SOP: 613 kompaun dikeluarkan di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 613 kompaun dikeluarkan di Negeri Sembilan terhadap pelbagai kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sejak 1 April hingga 31 Ogos lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, S. Veerapan berkata, sebanyak 452 kompaun telah dijelaskan bayaran orang kena kompaun dan 40 lagi masih dalam tempoh bayaran.

Menurutnya lagi, sebanyak 121 kompaun lagi telah melebihi tempoh bayaran 14 hari dan daripada jumlah tersebut, 85 telah di daftarkan di mahkamah dan selebihnya dalam proses untuk pendaftaran di mahkamah.

“Sejumlah 14 kes telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman denda berjumlah keseluruhan RM 12,400 dan selebihnya masih dalam proses tindakan mahkamah.

“Seawal dua minggu awal kompaun dikeluarkan iaitu dari 1 hingga 14 April sebanyak 295 kompaun dicatatkan dan jumlah berkenaan semakin menurun berikutan masyarakat semakin patuh terhadap normal baharu yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Veerapan turut menasihatkan orang ramai terus mematuhi amalan normal baharu dalam usaha mengelak penularan Covid-19 khususnya di negeri ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya