Pengundi India jangan terpedaya fitnah

Pengundi India jangan terpedaya fitnah

Ramanan Ramakrishnan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengundi-pengundi India di Kuala Kubu Baharu dinasihatkan mendapatkan maklumat sahih dan tidak terpedaya dengan fitnah-fitnah yang didengar daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishna berkata, sekarang ini adalah saat- saat penting khususnya kepada warga penduduk di Kuala Kubu Baharu untuk mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber yang betul.

“Pengundi India di Kuala Kubu Baharu diharapkan mendapatkan maklumat – maklumat yang sahih sahaja seperti akhbar dan lain – lain,” kata beliau pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan 1 Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, undilah calon daripada Pakatan Harapan (PH) kerana tiada calon lain yang lebih layak untuk bertanding di situ.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), PH, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas.

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 20 Mac lalu

“Saya harap satu kempen yang bersih dan tidak terpedaya dengan fitnah – fitnah yang ada di media sosial tak kiralah pengundi India, Melayu atau Cina,”katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×