Malaysia, Nepal percepat pengesahan status 55 rakyat Malaysia hilang akibat bencana

Malaysia, Nepal percepat pengesahan status 55 rakyat Malaysia hilang akibat bencana

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia dan Nepal kini sedang mempercepat proses pengesahan status 55 rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dikesan susulan bencana yang berlaku di negara berkenaan.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibtahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas beliau mengadakan perbualan dengan rakan sejawatnya dari Nepal semalam.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri Nepal telah menyatakan persetujuan untuk membantu mempercepatkan proses pengesahan status semua rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perdana Menteri memaklumkan bahawa dalam perbualan beliau dengan Perdana Menteri Nepal semalam, Perdana Menteri Nepal telah menyatakan persetujuan untuk membantu mempercepat proses berkenaan.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri telah mengarahkan Peguam Negara supaya mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkuasa Nepal pada kadar segera bagi mempercepatkan proses pengesahan tersebut,” katanya dalam taklimat pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Katanya, penglibatan Peguam Negara dalam perkara itu penting kerana ia membabitkan pelbagai aspek perundangan dan proses mahkamah yang perlu diselesaikan oleh kedua-dua negara.

Sebelum ini, Kementerian Luar Negeri telah mengadakan perbincangan dengan keluarga 55 rakyat Malaysia mangsa tragedi di Nepal yang berhubung proses perundangan dan pentadbiran yang mungkin terpakai.

Menurut Wisma Putra, Kerajaan Nepal telah memaklumkan bahawa ia sedang mempertimbangkan langkah-langkah perundangan bagi menangani kes melibatkan individu yang terjejas akibat bencana tersebut dan statusnya masih belum dapat ditentukan, termasuk warga asing.

Bagaimanapun, katanya, langkah-langkah tersebut masih tertakluk kepada proses perundangan domestik Nepal dan setakat tarikh kenyataan ini, belum berkuat kuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×