Tiada negara mampu tangani cabaran telekomunikasi sendirian

Tiada negara mampu tangani cabaran telekomunikasi sendirian

FAHMI Fadzil (dua, kanan) mengadakan lawatan ke ibu pejabat dan studio penyiaran Al Jazeera di Doha, Qatar, hari ini sempena menghadiri Persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) 2026 (PP-26).-BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada negara mampu menangani cabaran sektor telekomunikasi global secara bersendirian tanpa kerjasama antarabangsa yang kukuh.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkembangan teknologi yang pesat serta kemunculan cabaran baharu menuntut setiap negara meningkatkan kerjasama dan berkongsi kepakaran bagi mencari penyelesaian yang berkesan.

Menurutnya, kerjasama itu penting bagi memastikan negara-negara mampu menghadapi perubahan landskap digital global yang semakin kompleks.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya, untuk menyelesaikan cabaran yang kita hadapi, tiada negara mampu melakukannya secara bersendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis resepsi makan tengah hari anjuran Malaysia sempena Persidangan Perwakilan Penuh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2026 (ITU PP-26) di Pusat Pameran dan Konvensyen Doha (DECC), Qatar hari ini.

Fahmi berkata, hubungan dan jaringan yang terjalin sepanjang persidangan itu diharap dapat diteruskan melalui kerjasama lebih erat antara negara anggota, termasuk di luar persidangan.

Beliau turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperluas kerjasama antarabangsa dalam sektor telekomunikasi, selain mengekalkan pendirian berkecuali dalam menghadapi cabaran landskap digital global.

“Malaysia bersedia untuk membantu dan menyediakan ruang kerjasama. Kita sebuah negara berkecuali, percaya kepada kesalingkendalian dan yakin bahawa lebih banyak manfaat dapat dicapai melalui kerjasama,” katanya.

Sementara itu, majlis resepsi berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha diplomatik Malaysia untuk mendapatkan sokongan negara anggota bagi pemilihan semula ke Majlis ITU bagi penggal 2027 hingga 2030.

Pengundian bagi pemilihan itu dijadual berlangsung pada 16 November ini. Fahmi mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini