Banjir Lembah Klang: PM mahu saliran hotspot banjir kerap diselenggara

Banjir Lembah Klang: PM mahu saliran hotspot banjir kerap diselenggara

Banjir Subang
PENDUDUK kampung mula membersihkan rumah mereka selepas dilanda banjir di Kampung Melayu Subang, di sini pada 4 November lalu. -UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerja-kerja penyelenggaraan saliran dilaksanakan dengan lebih kerap dan segera bagi menangani risiko banjir serta banjir kilat, khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, langkah itu dipersetujui sebagai tindakan segera sementara menunggu projek-projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan disiapkan.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, mesyuarat yang membabitkan Menteri Besar Selangor, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan beberapa pihak lain turut membincangkan penyelarasan penyelenggaraan saliran serta bentuk bantuan yang boleh disediakan bagi meningkatkan kekerapan kerja berkenaan di Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mesyuarat dimaklumkan bahawa penyelenggaraan saliran di Kuala Lumpur dilaksanakan sebanyak enam kali setahun.

“Jadi di pihak Selangor ada permintaan penyelarasan termasuk apa bentuk bantuan yang boleh disediakan untuk tingkatkan jumlah penyelenggaraan terutama bagi kawasan-kawasan yang dianggap hotspot banjir dan banjir kilat terutamanya,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Katanya, peruntukan bagi projek-projek tebatan banjir sudah disediakan dan kerja-kerja berkaitan sedang berjalan, namun pelaksanaannya memerlukan masa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini