Pengarah syarikat didakwa salah guna harta milik orang lain

Pengarah syarikat didakwa salah guna harta milik orang lain

SITI Fairuz Omar dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini bagi menghadapi pertuduhan menyalahgunakan harta milik orang lain. -UTUSAN / MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan dan umrah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta milik orang lain bernilai lebih RM40,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh, Siti Fairuz Omar, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara curang menyalahgunakan harta milik seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun, iaitu wang tunai berjumlah RM41,940.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan 2/3 SIGC, Paroi di sini antara 7 September hingga 19 November tahun lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Mac depan sebagai tarikh lantikan peguam serta penyerahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN