Pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM1.4 juta

Pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM1.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran stimbot mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat melebihi RM1.4 juta, dua tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Yong Pitt Lok, 48, didakwa telah melakukan pecah amanah berjumlah RM1,468,958.29 dengan memindahkan wang tersebut ke akaun bank miliknya untuk kepentingan sendiri.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara 11 Mac dan 24 Oktober 2024 di sebuah premis, di Jalan Radin Bagus 8, Bandar Baru Sri Petaling, dekat sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zul Hilmi Latiff mencadangkan jaminan RM120,000 dengan seorang penjamin namun peguam bela tertuduh, Lee Keng Fatt memohon mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin yang rendah atas alasan anak guamnya adalah penanggung utama keluarga.

“Anak guam tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri dan telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan. Dia juga tidak pernah gagal untuk hadir setiap kali dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya.

Peguam itu turut memohon agar mahkamah tidak menahan pasport Pitt Lok kerana anak guamnya memerlukan dokumen terbabit untuk ke luar negara atas urusan perniagaan.

Hakim Azrul Darus menetapkan wang jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN