Bekas kerani akaun tidak mengaku pecah amanah lebih RM52,000

Bekas kerani akaun tidak mengaku pecah amanah lebih RM52,000

MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas kerani akaun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan pecah amanah wang deposit pelanggan melebih RM52,000, sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Norhasanah Adilah Rahman, 30, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut dua pertuduhan, dia sebagai kerani akaun sebuah syarikat rumah inap telah melakukan pecah amanah wang deposit pelanggan berjumlah RM52,575.70 dengan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bank peribadinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan itu didakwa dilakukan di premis syarikat berkenaan di Jalan Raja Muda Musa, di sini, antara 7 Januari 2024 dan 7 November 2025.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Batrisyia Mohd. Khusri mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan beserta syarat tambahan lapor diri di balai polis berdekatan satu bulan sekali.

Peguam bela, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak mewakili Norhasanah Adilah memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya hanya berpendapatan RM2,000 sebulan selain mempunyai tanggungan ibu dan bapa.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan beserta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 19 November ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini