Pearly-Thinaah rangkul gelaran kedua Terbuka Hong Kong

Pearly-Thinaah rangkul gelaran kedua Terbuka Hong Kong

Pearly Tan-M. Thinaah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah merangkul gelaran kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong, selepas mengetepikan wakil Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi dalam perlawanan akhir di Hong Kong, hari ini.

Gandingan No. 4 dunia yang diletakkan selaku pilihan kedua itu menewaskan beregu ke-11 dunia tersebut 22-20, 21-16 dalam masa 40 minit.

Kejayaan berkenaan menyaksikan Pearly-Thinaah menyamakan rekod pertemuan dengan Nakade-Takahashi menjadi 1-1.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Pearly-Thinaah pernah tewas kepada beregu Jepun itu dalam pertemuan sulung mereka pada final Terbuka Taiwan, Ogos lalu.

Ini merupakan gelaran kedua Pearly-Thinaah pada Terbuka Hong Kong, selepas merangkul kejayaan pertama pada edisi 2024.

Selaku juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$39,500 (RM162,469), pingat emas dan trofi pada kejohanan berstatus Super 500 itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini