PETALING JAYA: Pasangan No. 9 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun memastikan gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong menjadi milik mereka selepas 27 tahun penantian untuk menyaksikan wakil Malaysia menjulang kejuaraan beregu lelaki.
Wei Chong Kai Wun menewaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-19, 21-17 dalam masa 39 minit pada final di Grand Hall – Kai Tai Arena di Hong Kong, hari ini.
Kemenangan itu juga juga menyaksikan Wei Chong-Kai Wun berjaya memintas beregu No. 18 dunia tersebut dengan rekod pertemuan kini berpihak kepada mereka 2-1.
Kali terakhir beregu lelaki Malaysia menjuarai Terbuka Hong Kong adalah pada edisi 1999 yang dilakukan oleh Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock.
Beregu No. 3 negara itu juga menamatkan penantian selama 14 tahun untuk menyaksikan gandingan Malaysia beraksi sekali lagi di perlawanan akhir selepas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berbuat demikian pada edisi 2012. – UTUSAN











