Himpunan Rakyat Benci Rasuah 3.0: 50 individu mula berhimpun depan Sogo

Himpunan Rakyat Benci Rasuah 3.0: 50 individu mula berhimpun depan Sogo

BEBERAPA individu berbaju hitam memegang kain rentang pada Himpunan Rakyat Benci Rasuah 3.0 di kompleks beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekumpulan individu mula berkumpul di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini bagi menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah 3.0.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi mendapati, kira-kira 40 hingga 50 individu hadir menyertai perhimpunan yang bermula pukul 2 petang tadi.

Anggota polis turut ditempatkan di sekitar lokasi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terkawal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perhimpunan itu bertujuan menyuarakan tuntutan terhadap budaya rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kepentingan memastikan akauntabiliti dalam pentadbiran negara.

Selain itu, ia turut menuntut penjelasan berhubung pelbagai kontroversi melibatkan kes-kes berprofil tinggi dan isu integriti yang menjadi perhatian umum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini