Jasmin Hamid harap pelakon berusia tidak diketepikan

Jasmin Hamid harap pelakon berusia tidak diketepikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Jasmin Hamid berharap pelakon berusia tidak diketepikan hanya kerana industri filem kini dikatakan lebih mengutamakan pelakon muda dan popular.

Jasmin atau Jasmiah Abdul Hamid, 54, berkata, dia terkilan apabila ada pihak berpendapat filem terbaharunya, Kerambit sukar mendapat sambutan kerana dibintangi pelakon berusia dan tidak mempunyai nama besar untuk menarik penonton.

“Terasa hatı juga bila ada suara-suara ghaib yang cakap filem Kerambit saya, susah nak jual sebab pelakon tua dan nama tidak kuat untuk tarik penonton. Penonton mahu pelakon Gen Z katanya, baru boleh laris.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Betulkah penonton sekarang hanya mahu melihat pelakon muda dan popular? Kami yang digelar pelakon tua ini, adakah perlu menunggu hari mati sahaja?” katanya menerusi hantaran di Threads.

Menurut Jasmin, tanggapan sedemikian seolah-olah memberi gambaran bahawa pelakon berusia tidak lagi mempunyai tempat dalam industri seni, sedangkan mereka juga masih mahu terus berkarya.

Sementara itu, pelakon, Faye Kusairi menerusi balasan komen di Threads turut memberikan sokongan kepada Jasmin dan menasihatkan supaya dia tidak mengambil hati terhadap komen negatif yang dilemparkan.

Faye berkata, pengalaman dan sumbangan Jasmin dalam industri jauh lebih bermakna berbanding pandangan pihak yang cuba merendahkan dirinya itu.

“Jika ada orang yang tidak membawa kebaikan, abaikan sahaja mereka. Akak (Jasmin) mempunyai bakat, pengalaman dan pengorbanan dalam industri filem Malaysia yang boleh dikongsikan dengan penonton.

“Jangan biarkan kata-kata mereka melemahkan semangat akak kerana kami sentiasa bangga dengan akak. Saya sendiri bangga kerana pernah bekerja bersama akak dan mengenali sikap baik akak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini