Arab Saudi, Houthi saling serang ibu negara

Arab Saudi, Houthi saling serang ibu negara

SERANGAN Arab Saudi merosakkan lapan rumah dan tiga kedai di daerah Al-Tahrir di Sanaa.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi dan kumpulan Houthi saling melancarkan serangan yang menyasarkan ibu negara masing-masing, dengan Riyadh mendakwa memintas peluru berpandu kruis yang dilancarkan ke arah ibu negara itu semalam.

Media Houthi sebelum itu melaporkan serangan udara Arab Saudi ke atas ibu negara Yemen, Sanaa yang dikuasai kumpulan berkenaan.

Jurucakap gabungan tentera pimpinan Arab Saudi, Turki Al-Maliki berkata, sistem pertahanan udara negara itu berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu kruis yang dilancarkan ke arah Riyadh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertahanan udara memintas dan memusnahkan peluru berpandu kruis yang dilancarkan militia pengganas Houthi ke arah wilayah Riyadh,” katanya menerusi platform X semalam.

Sementara itu, agensi berita Houthi, Saba melaporkan serangan Arab Saudi merosakkan lapan rumah dan tiga kedai di kawasan kediaman Bir Abu Shamlah, daerah Al-Tahrir di Sanaa.

Saluran berita Houthi, Al-Masirah melaporkan serangan itu turut mencederakan 13 orang.

Gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yemen diiktiraf antarabangsa secara berkala melancarkan serangan udara ke atas kawasan yang dikuasai Houthi sejak perang saudara di negara itu kembali memuncak pada musim panas lalu.

Sebagai tindak balas, kumpulan Houthi hampir setiap hari melancarkan serangan ke atas Arab Saudi dengan menyasarkan kemudahan tenaga, lapangan terbang dan daerah kewangan Riyadh.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini