Houthi tawan kawasan pesisir selatan Yemen, penduduk Aden makin bimbang

Houthi tawan kawasan pesisir selatan Yemen, penduduk Aden makin bimbang

HOUTHI mengambil alih kawasan dari Dhubab hingga Selat Bab al-Mandab selepas pasukan yang disokong Arab Saudi berundur dari kawasan itu di wilayah Taiz, Yemen.-AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADEN: Kumpulan pemberontak Houthi menawan beberapa kawasan di pesisir selatan Yemen selepas pasukan kerajaan yang disokong Arab Saudi berundur bagi mempertahankan Aden, ketika penduduk bimbang kumpulan yang disokong Iran itu akan terus mara ke arah bandar berkenaan.

Selepas melancarkan serangan balas pada Oktober lalu, kerajaan Yemen pada Ahad mengumumkan pengunduran pasukannya dari kawasan berhampiran Selat Bab al-Mandab, laluan penting perkapalan global, bagi memberi tumpuan kepada usaha mempertahankan bandar pelabuhan Aden di selatan.

Lima anggota tentera Yemen berkata, pejuang Houthi mara ke kawasan pesisir selatan Khor Omairh, kira-kira 100 kilometer ke barat Aden dan berada hanya 26 kilometer dari kedudukan pasukan kerajaan di Qawah, yang juga terletak di kawasan pantai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penduduk Aden berkata, pasukan keselamatan kerajaan menambah sekatan jalan raya dan menjalankan pemeriksaan identiti di bandar itu yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan sejak Houthi menawan Sanaa pada 2014.

“Bekalan makanan dan bahan api masih tersedia. Bagaimanapun, orang ramai bimbang dengan pengunduran pasukan kerajaan serta kemungkinan pertempuran semakin menghampiri Aden,” kata seorang kakitangan kerajaan, Amin Mahmoud kepada Reuters menerusi panggilan telefon dari bandar itu.

Pengunduran berkenaan merupakan tamparan besar kepada kempen ketenteraan Arab Saudi terhadap Houthi yang melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke lapangan terbang dan kemudahan minyak Riyadh sejak perang Yemen kembali tercetus.

Tiga sumber kerajaan berkata, tumpuan utama kerajaan Yemen kini adalah mempertahankan Aden dan wilayah Lahj.

Menurut sumber itu, pasukan kerajaan sedang disusun semula dan dipindahkan ke sepanjang barisan hadapan bagi membuat persiapan merampas semula kawasan yang ditawan Houthi.

“Ancaman terhadap Aden amat serius kerana Houthi semakin menghampiri bandar itu. Ini merupakan satu tamparan besar. Kerajaan sebelum ini berusaha merampas semula Sanaa, tetapi kini terpaksa mempertahankan Aden,” kata Penganalisis Politik dan Konflik, Mohammed Al-Qadhi.

Beliau berkata, antara masalah utama yang dihadapi pasukan kerajaan ialah perpecahan dalam kalangan mereka, sambil menambah Houthi mengambil kesempatan daripada pergeseran dan perebutan kuasa yang berlarutan selama bertahun-tahun dalam kem kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini