Mangsa terakhir kepala air ditemukan 

Mangsa terakhir kepala air ditemukan 

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mangsa terakhir kepala air Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, Hulu Selangor akhirnya ditemukan pada hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mangsa kelapan itu ditemukan pasukan SAR di Sektor C kira-kira puiul 10.30 pagi pada jarak 2.7 kilometer dari lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sejurus ditemukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, penemuan itu menjadikan kesemua lapan mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan berjaya ditemukan.

“Operasi SAR yang memasuki hari kesembilan itu melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dengan tumpuan pencarian di Sektor C.

“Operasi SAR ditamatkan secara rasmi selepas mangsa terakhir berjaya ditemukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, mayat ketujuh mangsa tragedi kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, di sini ditemukan pada Jumaat lalu.

Mayat lelaki warga India yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan pada pukul 3.40 petang di kawasan pencarian sektor C. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini