Sekolah angkat hubungkan bandar, luar bandar - Utusan Malaysia

Sekolah angkat hubungkan bandar, luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui kolobrasi dan usahasama antara institusi pendidikan antara luar bandar dan bandar.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Datin Sri Rahayu Tajuddin berkata, atas semangat tersebut beliau telah menghubungkan Sekolah Kebangsaan Sri Changkat, Kg Gajah dan Cempaka International School, Kuala Lumpur.

Katanya, lawatan sulung SK Sri Changkat pada hari ini merupakan permulaan dalam membuka ruang kepada dimensi baru yang akan beri manfaat kepada seluruh warga sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendidikan merupakan tanggungjawab bersama. Kita perlu membuka ruang kepada lebih banyak pihak untuk bersama-sama menyumbang, berkongsi kepakaran dan membina peluang untuk anak-anak, tanpa mengira di mana mereka bersekolah atau apa latar belakang mereka.

“Bagi saya, inilah antara usaha yang boleh kita lakukan untuk mengangkat sistem pendidikan itu sendiri. Kita tidak hanya bercakap tentang perubahan, tetapi kita perlu merealisasikan kaedah ini kerana ianya mampu memberi impak positif yang berkali kali ganda,” katanya.

Projek Jambatan Ilmu: Bridging Schools, Inspiring Futures di bawah usahanya sendiri dalam memperhebat pendidikan negara, dengan harapan ia akan dapat tambah baik pembangunan modal insan demi menghadapi cabaran global yang semakin rumit.

Katanya, pendidikan tidak perlu dibatasi oleh faktor geografi atau persekitaran, semua sekolah sama ada bandar atau luar bandar mempunyai kekuatan, pengalaman dan potensinya sendiri.

“Kerjasama antara dua sekolah tentunya menghasilkan situasi menang-menang. Kedua-dua belah pihak akan mendapat manfaat di mana anak anak dan warga pendidik didedahkan kepada peluang dan ruang yang lebih luas justeru memurnikan ekosistem pendidikan yang sedia ada,” katanya.

Sri Rahayu turut berkata, pendekatan kolaborasi sekolah angkat ini juga selari dengan gagasan dan pandangan beliau menjadi jurucakap Wanita Perak di Perhimpunan Agung UMNO.

Menurutnya, kerjasama antara sekolah bukan sahaja mengenai lawatan dan berjumpa dalam program tertentu, sebaliknya ia melibatkan skop kerjasama yang melibatkan perkongsian sumber, aktiviti pendidikan, pembangunan bakat dan pembinaan kapasiti.

“Yang paling penting, anak-anak kita mendapat peluang untuk melihat dunia yang lebih luas, membina keyakinan diri dan memahami bahawa peluang untuk berkembang ada. Saya percaya kedua-dua sekolah akan mendapat manfaat.” katanya.

Dalam pada itu, Sri Rahayu turut berharap inisiatif seperti ini akan membuka mata banyak lagi sekolah sekolah lain di dalam bandar untuk berkolobrasi dengan sekolah sekolah di luar bandar.

“Saya ucapkan tahniah kepada SK Sri Changkat dan Cempaka International School atas keberanian dan komitmen menjayakan initiatif ini.” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini