Tujuh wanita ditahan guna wang buat gubahan

Tujuh wanita ditahan guna wang buat gubahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACCRA: Pihak berkuasa Ghana menahan tujuh wanita kerana didakwa menggunakan wang kertas untuk menghasilkan gubahan bunga daripada wang dan menghias kek.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bank Ghana menegaskan, perbuatan itu menyalahi undang-undang kerana dianggap sebagai penyalahgunaan dan pengendalian mata wang cedi secara tidak wajar.

Tangkapan itu dilakukan dengan kerjasama polis selepas menerima maklumat mengenai kegiatan berkenaan, sebelum menyerbu suspek yang didakwa menjual gubahan wang tersebut di beberapa kawasan di ibu negara.

Kes itu merupakan tindakan penguatkuasaan terbesar setakat ini terhadap penyalahgunaan mata wang negara berkenaan.

Julai lalu, Bank Ghana mengeluarkan notis memberi amaran perbuatan menyalahgunakan mata wang boleh menjadi satu kesalahan.

Bank itu turut memberi amaran terhadap sebarang tindakan yang boleh merendahkan nilai mata wang negara, termasuk perbuatan yang menggugat nilai atau penggunaan sah mata wang tersebut.

Gubahan wang kertas atau kek yang dihiasi wang sering ditempah sebagai hadiah untuk majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, graduasi dan acara lain.

Pegawai Jabatan Mata Wang Bank Ghana, Dinah Bonzi, berkata individu yang membantu atau mempromosikan kegiatan tersebut juga boleh ditahan dan didakwa.

“Cedi Ghana adalah mata wang sah… dan mesti dilayan dengan penuh hormat. Penyalahgunaan mata wang tersebut merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Penahanan ini harus menjadi amaran jelas kepada orang ramai. Marilah kita menggunakan cedi Ghana dengan penuh hormat,” katanya.- BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini