Lelaki tidak mengaku bersalah berlagak seperti wanita

Lelaki tidak mengaku bersalah berlagak seperti wanita

MOHD. Hafizam Hamid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah atas pertuduhan berlagak seperti wanita dengan memakai pakaian wanita di sebuah inap desa di Kampung Hutan Pasir, Ketereh. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, atas pertuduhan berlagak seperti wanita di sebuah inap desa di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

Tertuduh yang juga seorang peniaga, Mohd Hafizam Hamid, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Firdaus W. Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memakai kaftan labuh sehingga paras kaki, sementara rambutnya pada paras bahu. Kejadian itu didakwa dilakukan pada 14 Januari tahun ini pada pukul 12 tengah malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 di Negeri Kelantan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Syarie Syafika Mat Husin kemudian mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM1,500 dengan menggunakan dua orang penjamin.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah tersebut oleh dua orang penjamin.

Tertuduh diwakili Peguam Syarie, Muhammad Syarafi Mohd. Salleh.

Mahkamah menetapkan 24 Januari tahun hadapaan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Sebelum itu, pada 19 Januari 2026 tertuduh tidak mengaku bersalah dan ditangguhkan hari ini untuk sebutan semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini