Izzat sasar podium di Batu Pahat

Izzat sasar podium di Batu Pahat

Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil (tengah).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

REMBAU: Pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC), Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil mempunyai peluang terbaik untuk memburu podium pada Peringkat 7 Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) yang berlangsung dari Melaka ke Batu Pahat, hari ini.

Lebih istimewa, Batu Pahat merupakan tempat kelahiran Izzat Hilmi sekali gus memberi motivasi tambahan buat pelumba berusia itu untuk mencatat keputusan terbaik di hadapan penyokong sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Prinsipal MPC, Sayuti Zahit berkata, pasukan kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada Izzat untuk menghadapi Peringkat 7 selepas prestasi yang ditampilkan sebelum ini membuka ruang untuknya memburu kelompok tiga terbaik.

“Untuk Peringkat 7, Batu Pahat itu kampung dia. Jadi buat masa ini kita suruh dia fokus dan cuba beri yang terbaik pada peringkat itu kerana dia sendiri yakin dengan peluangnya.

“Untuk tempat pertama dan kedua agak sukar kerana pelumba di depan sangat kuat, tetapi tempat ketiga saya rasa mungkin boleh dicapai,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambah Sayuti, jurang antara pelumba yang menghuni kedudukan ketiga hingga kelima ketika ini tidak terlalu besar, sekali gus memberi peluang kepada Izzat untuk mencelah dalam kelompok podium.

Peringkat 7 sejauh 158.9 kilometer (km) dari Melaka ke Batu Pahat hari ini menawarkan tiga zon pecutan di Tangkak, Bukit Kepong dan Parit Sulong.

LTdL26 akan melabuhkan tirai menerusi Peringkat 8 dari Muar ke Putrajaya sejauh 188.3km, esok, yang menawarkan tiga zon pecutan di Simpang Ampat, Seremban dan Nilai serta satu zon pendakian di Bukit Mantin.

Sebagai rekod, Izzat sebelum ini mencatat keputusan terbaiknya di pentas LTdL apabila menamatkan Peringkat 1 edisi 2023 di tempat keempat keseluruhan sebelum mengulangi pencapaian sama pada Peringkat 6 LTdL 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN