Skuasy berpasukan lelaki, wanita mara ke separuh akhir

Skuasy berpasukan lelaki, wanita mara ke separuh akhir

Malaysia menewaskan Jepun 2-0 pada suku akhir berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya, Jepun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad lelaki dan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir skuasy berpasukan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya, Jepun, esok.

Pada suku akhir, hari ini, pasukan lelaki yang terlebih dahulu turun ke gelanggang di Nagoya Kinjo Futo Arena mudah membenam Jepun 2-0.

Dengan penggiliran pemain (order of play) 2-1-3, Malaysia mempertaruhkan Sanjay Jeeva selaku perseorangan kedua menewaskan Tomotaka Endo 11-4, 11-8, 7-11, 11-3 dalam masa 36 minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain No. 18 dunia, Ng Eain Yow yang diletakkan sebagai perseorangan pertama mencatat kemenangan straight set ke atas Ryunosuke Tsukue 11-6, 11-9, 11-6 dalam masa 45 minit.

Kejayaan itu memastikan Malaysia mencatat kemenangan 2-0 dan tidak memerlukan perseorangan ketiga, C. Ameeshanraj masuk ke gelanggang.

Kemaraan ke separuh akhir, esok, sekurang-kurangnya memastikan pingat gangsa sudahpun berada dalam genggaman Malaysia.

Namun, jika berhajat menukar kilauan warna pingat, skuad negara perlu menewaskan pilihan pertama, India.

Sementara itu, dalam saingan berpasukan wanita, pilihan pertama, Malaysia menundukkan Macau 2-0 dengan Aira Azman hanya mengambil masa selama 12 minit untuk mengalahkan Liu Kwai Chi 11-2, 11-3, 11-4 dalam masa 12 minit.

Bintang No. 5 dunia, S. Sivasangari mengetepikan Yeung Weng Chi 11-5, 11-8, 11-9 dalam masa 13 minit, melengkapkan kemenangan 2-0 Malaysia ke atas Macau.

Skuad wanita yang dalam misi mempertahankan pingat emas, akan menghitung pertemuan dengan pasukan tuan rumah yang diletakkan sebagai pilihan ketiga/empat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×