Sivasangari jumpa Sin Yuk di separuh akhir Terbuka China

Sivasangari jumpa Sin Yuk di separuh akhir Terbuka China

Sivasangari mara ke separuh akhir selepas mengetepikan wakil Mesir, Farida Mohamed pada peringkat lapan terbaik Terbuka China di Shanghai, China, hari ini. - Ihsan PSA Squash
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy No. 1 negara, S. Sivasangari mara ke separuh akhir selepas mengetepikan wakil Mesir, Farida Mohamed di peringkat lapan terbaik pada Terbuka China di Shanghai, China, hari ini.

Anak jati Sungai Petani, Kedah itu yang menghuni ranking No. 4 dunia menewaskan pemain ke-16 dunia tersebut 11-6, 11-7, 11-6 dalam masa 18 minit.

Sivasangari berkata, dia pernah berdepan Farida di gelanggang sama, dua tahun lalu, tetapi keputusan yang dilakarnya pada waktu itu berbeza dengan pencapaiannya, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekali lagi saya bertemu dengannya di suku akhir juga di gelanggang sama. Tetapi berbanding dua tahun lalu, saya kini pemain yang lebih baik.

“Kekuatan mental saya juga berbeza. Sudah tentu akan ada kenangan saya dengannya kerana dia seorang pemain yang agresif dan sukar diramal,” katanya sewaktu ditemu bual oleh wakil PSA Squash.

Menurut Sivasangari, berdepan pemain seperti Farida, dia perlu sentiasa bersedia mengawal emosi kerana ia merupakan satu proses pembelajaran dan bagaimana untuk mengatasi pencabarnya itu.

Pada separuh akhir, esok, Sivasangari yang diletakkan selaku pilihan pertama bakal berdepan pemain ke-30 dunia, Chan Sin Yuk dari Hong Kong.

Sin Yuk mengejutkan pemain No. 18 dunia, Sana Ibrahim dari Mesir 10-12, 11-9, 4-11, 11-5, 13-11 dalam masa 63 minit.

Sementara itu, wakil perseorangan lelaki Malaysia, Ng Eain Yow terpaksa akur kepada jaguh No. 1 dunia, Mostafa Asal dari Mesir 11-7, 11-5, 11-7 dalam masa 54 minit pada suku akhir, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini